Showing posts with label BAS SMART SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label BAS SMART SELANGOR. Show all posts

Wednesday, 19 July 2017

Berita : Laluan Baru Bas SMART SELANGOR di KLANG

(Berita / MPK)


Penduduk Klang kini berpeluang menikmati satu lagi laluan baru Bas Smart Selangor di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS) serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perkhidmatan percuma yang beroperasi dengan empat bas itu membabitkan perbelanjaan RM1.25 juta yang ditanggung secara bersama oleh Kerajaan Negeri & MPK.

“Diharap semua penduduk di Klang mengambil peluang terbaik menggunakan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri kerana ia tidak terdapat di negeri lain,” katanya.


Terdahulu, beliau menyempurnakan gimik pelancaran Laluan Bas Smart Selangor MPK02, di sini, hari ini.


Mula beroperasi sejak 7 Julai lalu, laluan baru sepanjang 12.3 kilometer (km) itu bermula dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)(C) Kong Hoe, Jalan Batu 3 Lama hingga ke SM Tinggi Klang, Jalan Meru.
Pada 1 Julai 2015, MPK bersama dua pihak berkuasa tempatan lain memulakan perkhidmatan Bas Smart Selangor dengan masing-masing satu laluan.
Pada 2016, MPK membuat pindaan terhadap laluan sedia ada dengan penambahan satu bas, menjadikan jumlah keseluruhan empat bas berbanding tiga sebelumnya.