Showing posts with label N45 Selat Klang. Show all posts
Showing posts with label N45 Selat Klang. Show all posts

Sunday, 25 February 2018

PEMITAS : Peneraju Aktiviti Wanita di Dun Selat Klang

Pada 25 Februari yang lalu berlangsung Mesyuarat Agung PEMITAS (Pertubuhan Ekonomi Wanita Selat Klang).

Sekali lagi Puan Aniss Zuryanee dilantik menerajui PEMITAS untuk penggal 2018 - 2020.
Sepanjang PEMITAS ditubuhkan pelbagai aktiviti ekonomi berteraskan wanita dijalankan di Dun Selat Klang dan kawasan sekitar.

Sedikit bingkisan gambar MESYUARAT AGUNG yang dijalankan pada 25 Februari yang lalu
Berikut adalah aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh PEMITAS sepanjang 2017- 2018





Berminat untuk turut serta :
Hubungi PEMITAS Selat Klang di
FB : 

Hotline : 018-872 7119

Monday, 6 November 2017

PEMITAS : Program Untuk Wanita (November 2017)

Pertubuhan Ekonomi Wanita Selat Klang (PEMITAS) tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti dalam memperkasa sosio-ekonomi wanita di Selat Klang ini.
Pada November kali ini, PEMITAS bakal mengadakan 3 PROGRAM yang sangat-sangat hebat.
Program-program adalah seperti berikut

  1. Kelas FACIAL Wajah  (11 November | Sabtu)
  2. Bengkel Asas Mengait (12 November | Ahad)
  3. Kelas Program Masakan Beras Basmathi (12 November | Ahad)
  4. Kelas Slice Kek & Kek Hari Jadi (18 November | Sabtu)
  5. Kembara Ilmu (26 November | Isnin)
  6. Program Tadabbur Al-Quran (27 November |Isnin)




Untuk Keterangan Lanjut : Hubungi PEMITAS SELAT KLANG *018-8727119


Wednesday, 18 October 2017

Terima Kasih JKR, baiki Jalan di Dun Selat Klang

Melalui Peruntukan MARRIS (Malaysia Road Record Information System), jalan-jalan di Dun Selat Klang mula dibaik pulih


.
Jalan diturap di kawasan Sungai Udang


Sebelum itu, apakah MARRIS?

Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) digunakan bagi tujuan merekodkan data-data jalanraya diseluruh negeri merangkumi Jalan Raya Negeri, Jalan Raya Perbandaran, Jalan Kawasan Perumahan Murah, Lorong Belakang, Jalan Sehala Pulau Pelancongan, Jalan Kampung dan Jalan Pertanian

Mengikut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Zaidy Abdul Talib sejumlah RM600 juta telah diluluskan sebagai Siling Perbelanjaan Marris pada tahun 2017 bagi kesemua agensi pelaksana yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Selangor, dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sembilan (9) Pejabat Daerah/Tanah (PDT). Jumlah siling tersebut adalah melebihi jumlah pemberian yang dijangka dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017.

Gambar-gambar lain kerja buat JKR Selangor di Kawasan Selat Klang.




Monday, 4 September 2017

Aduan Sampah MPK. Kami BANTU

Kami tak kuat, tapi Insyaallah, jika kita bekerjasama akan ada hasilnya


Kita paham antara masalah utama di DUN SELAT KLANG adalah masalah sampah. Jika anda punya aduan tentang masalah sampah di DUN SELAT KLANG yang gagal mendapat respon sewajarnya. 

Boleh whatsapp ke 01152216555 atau www.wasap.my/601152216555. (Admin N45 Selat Klang)

Pastikan aduan anda mempunyai maklumat seperti
Nama Pengadu
Lokasi Kejadian
Gambar
Keterangan

Maklumat yang tidak lengkap TIDAK AKAN DILAYAN.

Kami bukan datang dari PUSAT KHIDMAT ADUN. 
Tapi kami adalah komuniti yang prihatin

Korban EidulAdha 1438 : Dari NGO Pemitas

Alhamdulillah pada 1 September 2017 yang lalu (10 Zulhijjah), NGO Pemitas yang sangat terkenal dengan kebajikan dan pembangunan sosio ekonomi di Dun Selat Klang, berjaya melaksanakan ibadah kurban.


Berikut gambar - gambar menarik tentang program yang dijalankan

 

 

 

Untuk terlibat dalam aktiviti PEMITAS, Boleh layari PEMITAS SELAT KLANG atau PN Aniss (Ketua PWB Subang)

Sunday, 20 August 2017

Video Inside : Bebudak berlumba di Jambatan 3 Klang

Racing basikal di Jambatan 3 Klang. Sudah kena tangkap baru nangis ingat mak bapak

Dah jd satu pemandangan biasa kat jambatan ke-3, Klang, siap ada penganjur racebuat collection duit lagi... 
Mak ayah tolonglah pantau anak² korang. 

Kalau anak dah terselit bersepai celah tayar kereta jgn nak salahkan org lain....

Sedikit sedutan Video

Sunday, 23 July 2017

Alert : Pencuri kembali

(Alert) Pencuri Kembali Beroperasi

Sumber  : Najwa Miskan


Pengalaman ibu Najwa Miskan
Hati² warga kampung semua. Baru sekejap tadi cubaan mencuri di rumah saya Lot 588, Jalan Yadi. Dia nak umpil tingkap bilik saya. Kemungkinan nak kail beg atau barang² berharga. Mak saya tersedar bunyi tingkap diumpil terus jerit pencuri! pencuri! Terus dia lari. Kebetulan saya baru nak terlelap tidur. Dengar mak jerit terus terbangun. Dah menggigil lutut rasanya. "

Thursday, 20 July 2017

Sukan : 3 Anak Cikgu Salihin Ahmad WAKIL MALAYSIA CATUR di ASCC2017

(Sukan / Catur)

Bermula 20 – 30 July 2017, 3 anak Cikgu Salihin iaitu Alya Izzati, Afiqah Zahra dan Farah Liyana akan mewakili negara dalam kategori umur masing-masing dalam 13th Asian Schools Chess Championship 2017 yang berlangsung di China.



Sumber : Salihin Ahmad


Ketika berita ini ditulis, mereka sudah sampai di Shenyang Taoxian International Airport.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka. Semoga Bendera Malaysia dapat berkibar megah di bumi China.

Chaiyok. Chaiyok..

Tuesday, 18 July 2017

INFO : We're back


(Info) Kami kembali. Doakan kami akan terus update blog ini dengan lebih info-info menarik