Showing posts with label INISIATIF PEDULI RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label INISIATIF PEDULI RAKYAT. Show all posts

Saturday, 9 September 2017

IPR : Mamogram Selangor (MammoSEL)

MammoSel merupakan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.



Sekurang-kurangnya 30,465 wanita 35 tahun keatas sudah menerima manfaat daripada Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) setakat ini.
Statistik terkini program di bawah Inisiatif Peduli Rayat (IPR) itu menunjukkan lebih RM3.4 juta sudah dibelanjakan bagi menjayakan program itu.

Skim Kesihatan Wanita Selangor itu ditubuhkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membuktikan bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara.
Program itu telah ditambahbaik bermula 2016 dengan penambahan rawatan susulan ultrasound bagi yang memerlukan atas nasihat doktor.
Untuk mendaftar, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Khidmat DUN berhampiran.

Monday, 21 August 2017

Banyak betul duit Negeri Selangor, Food Stamps Untuk Bantu Rakyat Miskin

Program terbaru oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu rakyat miskin mendapat makanan mencukupi terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak
Penerima sumbangan Food Stamp ini adalah dipilih oleh ADUN / Penyelaras DUN kawasan. 
Seramai 100 orang setiap DUN


Kelayakan:
1. Daripada keluarga miskin berpendapatan bawah RM1500 sebulan
2. Rakyat yg lahir di Selangor, atau,
– telah bermustautin lebih 10 tahun di Selangor
– terbuka kpd semua kaum
– pemilih berdaftar di DUN tersebut
Para penerima ini akan diberi bantuan makanan asas seperti beras 10 kilo, minyak masak, gula, tepung, susu, setiap bulan.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
Pejabat
EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga
Pejabat EXCO, Tingkat 14, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55194866
Faks: 03-55193335
Atau Klik IPR 12

Monday, 31 July 2017

Berita : (Hangat) Pinjaman Pendidikan Untuk Rakyat Selangor

Tidak dapat PTPTN? JANGAN RISAU, Pinjaman Pendidikan Untuk Rakyat Selangor ADA!!


Berita baik untuk rakyat!
*PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR*

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.


*PROGRAM KHAS PEDULI SISWA*
Pinjaman Boleh Ubah bagi pengajian sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di UKM, UPM, UIAM dan UITM Kampus Selangor sahaja.

Semua anak Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk memohon.

Permohonan Sesi Ke-2 Tahun 2017 dibuka mulai 1 - 31 Ogos 2017

>>Klik untuk terus ke Sistem Permohonan Online : http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/