Wednesday, 24 January 2018

Program Mamogram Wanita Kerajaan Negeri Selangor 2018

Program Mamogram Wanita  Anjuran  Exco Jawatankuasa Tetap Wanita Kerajaan Negeri Selangor, YB DR Daroyah Alwi bersama PEMITAS


Tarikh   : 10.2.2018 @ Sabtu
Masa    : 8.00 pagi - 12.30 petang
Tempat : Hospital KPJ Klang
Umur   : 40 - 65 tahun SAHAJA

📌 Sila berikan detail yang di beri dengan terang dan betul untuk mudahkan kami berurusan dengan pihak KPJ,Klang

📌 Jangan memakai barang kemas,pewangi atau deodarant pada hari tersebut

📌 Pakai pakaian yang selesa dan mudah untuk di buka untuk pemeriksaan

📌 Sila bawa salinan kad pengenalan pada hari tersebut.WAJIB!!


➡Lokasi KPJ,Klang :

📞📞📞📞📞📞
Untuk Penyertaan/Pendaftaran :
*Pn Norlena Nayan

Fenomena SUPER BLUE BLOOD MOON (31 Januari 2018)

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan tiga fenomena serentak yang akan berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’ pada 31 Jan ini, satu fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku kali terakhir 152 tahun lepas,
Fenomena yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866 itu merupakan gabungan fenomena ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’, menurut kenyataan dikeluarkan Planetarium Negara kepada Bernama semalam.
Menurut kenyataan itu, fenomena ‘Supermoon’ terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.
Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.
“Pada malam itu, bulan turut mengalami peristiwa gerhana bulan penuh yang menyaksikan fasa gerhana bermula kira-kira jam 7.48 malam sehingga 11.11 malam manakala fasa gerhana penuh pula akan bermula kira-kira jam 8.51 malam sehingga ke kemuncak pada pukul 9.29 malam dan akan tamat kira-kira 10.07 malam.
“Umumnya gerhana bulan juga dikenali sebagai ‘Bloodmoon’ kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya cuaca mengizinkan, antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur.
Sehubungan itu, bagi memeriahkan lagi kehadiran fenomena berkenaan, Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengajak orang ramai menghadiri Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh ‘Super Blue Blood-Moon’ pada 31 Jan bermula jam 7 malam sehingga 12 tengah malam di hadapan pintu masuk Planetarium Negara.
Dalam program itu, para pengunjung berpeluang menggunakan beberapa buah teleskop bagi menyaksikan fenomena gerhana yang disediakan oleh Planetarium Negara selain aktiviti taklimat dan penerangan mengenai gerhana, panduan dan aktiviti astro-fotografi serta sesi solat gerhana pada malam itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484, e-mel di info@planet.gov.my atau melayari laman sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my selain Facebook Planetarium Negara.
Sementara itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataannya berkata gerhana bulan penuh pada 31 Jan ini akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.
“Fenomena gerhana bulan yang akan berlaku itu mengambil masa selama lima jam 17 minit bermula pada jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Feb). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak akan bermula selepas bulan terbit),” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Observatori Negara Langkawi akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena berkenaan dengan menyediakan beberapa buah teleskop mudah alih kepada pengunjung secara percuma.
Lokasi-lokasi lain yang boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan ialah di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Lokasi lain ialah Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza), Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory) dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.

Wednesday, 3 January 2018

SMART Selangor : Menuju Smart State 2025

Smart Selangor: Menuju visi Smart State 2025
Smart Selangor yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah suatu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di rantau ASEAN yang peduli rakyat, dilandasi dengan penggunaan teknoloji terkini bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.


Iltizam kerajaan negeri untuk menjayakan Smart Selangor telah dimulakan dengan penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebagai unit pelaksana Smart Selangor pada April 2016. Untuk memastikan unsur citizen centricity digarapkan ke dalam program ini beberapa sesi kaji selidik, bengkel dan perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuklah agensi-agensi kerajaan, industri, pihak swasta, pihak berkuasa tempatan serta rakyat berjumlah hampir 15,000 orang.
Sudah menjadi lumrah bahawa kecurigaan akan wujud dalam kebanyakan struktur yang baru dibentuk, lebih-lebih lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mendepani cabaran-cabaran baru seperti Smart Selangor. Pada tahun pertama, SSDU lebih fokus kepada membina keyakinan dan kepercayaan dengan pihak-pihak berkepentingan menerusi budaya collaboration, smart partnership dan co-creation dengan meminggirkan budaya 'silo mentality' di antara agensi.
Dengan kerjasama baik yang diberikan oleh semua pihak, versi pertama Smart Selangor Blueprint telah dilancarkan pada Disember 2016 dengan mengenalpasti 12 domain utama iaitu: Smart Governance, Smart Digital Infrastructure, Smart Transport & Mobility, Smart Waste Management, Smart Social Support, Smart Healthcare & Well-Being, Smart Education, Smart Water Management, Smart Energy, Smart Food & Agro, Smart Safety & Security, Smart Building & Smart Disaster Management.
Berdasarkan inisitatif-inisiatif yang dirangka di dalam setiap domain, SSDU terus mara kehadapan melakar pelbagai kemajuan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat negeri Selangor.
Penambahbaikan kemudahan awam
Bas Smart Selangor yang dijenamakan semula pada tahun 2015 bukan sahaja percuma dan dilengkapi dengan liputan WiFi percuma, malah ianya juga adalah salah satu ikon Smart Selangor yang amat dikenali dan dinikmati oleh rakyat Selangor. 
Perkhidmatan yang meliputi lebih 30 laluan ini juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai bas percuma terbanyak yang disediakan oleh kerajaan negeri apabila bas ke-100 dilancarkan. Kini lebih 130 bas sudahpun beroperasi di seluruh Selangor.

Untuk menjamin keselesaan pengguna, SSDU telah melancarkan aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) pada Oktober 2017 yang dapat memberi panduan kepada pengguna tentang semua laluan Bas Smart Selangor, perhentian bas terdekat dan waktu ketibaan bas pada setiap perhentian bas. Aplikasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana lebih 10,000 download telah dicapai dalam tempoh sebulan pelancaran.
SSDU juga telah berjaya membangunkan sebuah live dashboard untuk memantau operasi Bas Smart Selangor menerusi Smart Selangor Command Centre (SSCC). Buat pertama kali sejak perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan, kerajaan negeri telah diupayakan untuk melihat operasi sebenar perkhidmatan ini secara real-time.
Pengukuhan kerjasama rakyat dan kerajaan
Kerjasama rakyat yang menggunakan aplikasi Waze untuk melaporkan lokasi jalan berlubang seluruh Selangor kepada pihak kerajaan telah membuahkan hasil. Dengan menggunakan khidmat lebih 2.5juta pengguna Waze di Selangor, lebih 19,000 pelaporan telah diterima sepanjang tahun 2017 ini. Angka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding laporan yang diperolehi menerusi kakitangan PBT sebelum ini.
Pihak SSDU telah membangunkan sistem Intelligent Response Selangor (i-RS) untuk memudahkan proses penyaluran data lokasi jalan berlubang secara real-time daripada pengakalan data Waze terus kepada pihak yang akan memperbaiki jalan tersebut samada PBT mahupun JKR.
Penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal
Sebuah sistem pengurusan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam telah berjaya dilaksanakan di tiga kawasan PBT Selangor iaitu di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Maljis Perbandaran Selayang, menerusi KDEB Waste Management Sdn Bhd yang dimiliki penuh kerajaan negeri.
Sistem ‘Smart Waste Management’ ini telah membolehkan pemantauan operasi sub-kontraktor yang lebih berkesan dan sistem aduan menggunakan aplikasi i-Clean Selangor menerusi sebuah Central Command and Control Centre. Penggunaan sistem ini nyata berkesan apabila ketiga-tiga PBT ini telah mencatatkan pengurangan jumlah aduan rakyat sebanyak 95% setelah 4 bulan beroperasi.
Mendakap pandangan dan denyut nadi rakyat
Sebuah lagi aplikasi yang dibangunkan SSDU adalah Community Opinions On-Line (COOL) yang wujud sebagai suatu ruang untuk rakyat menyampaikan pandangan kepada kerajaan dan untuk kerajaan memahami keperluan dan denyut nadi rakyat berdasarkan lokaliti.
COOL juga akan memperkasakan wakil-wakil rakyat Selangor untuk mereka menyampaikan maklumat aktiviti kawasan kepada rakyat dan juga untuk kerajaan negeri mewarwarkan insentif-insentif baru kepada rakyat dengan lebih pantas dan tersasar.
Pemantauan persekitaran negeri Selangor

Smart Selangor Command Centre (SSCC) telah dibangunkan oleh SSDU dan telah mula dioperasikan bersama dengan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor sejak Ogos 2017. Dilengkapi dengan rangkaian data selaju 100Mbps, SSCC kini digunakan untuk memantau persekitaran negeri Selangor menggunakan teknoloji drone seperti lokasi banjir, kualiti udara, lokasi pembakaran terbuka, tanah runtuh dan lokasi tapak sampah haram.
SSDU akan menggunakan data terkumpul daripada SSCC untuk mencadangkan pembangunan dasar-dasar baru kerajaan negeri berdasarkan angka-angka yang terkini dan tepat.
Akan datang
Tahun 2018 adalah tahun yang agak mencabar bagi SSDU. Amat penting untuk disegerakan pembangunan lebih banyak inisiatif-inisiatif Smart Selangor untuk dinikmati oleh rakyat dan juga untuk memastikan kesinambungan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini terus sehingga tahun 2025.
SSDU akan melaksanakan beberapa inisiatif baru yang akan lebih terkesan kepada rakyat dan kami amat mengharapkan sokongan dan dorongan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan rakyat. Smart Selangor harus menjadi suatu manifestasi collaboration dan co-creation yang utuh di antara smart citizens dan smart government. Mudah-mudahan Selangor akan terus menjadi peneraju kepada implementasi konsep Smart State sebegini ini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global.


Sumber : SMART Selangor

SKIM Smart Sewa Selangor 2018 : Sewa sambil Beli

SKIM SMART SEWA SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukkan sebanyak RM100juta untuk skim ini.


Rakyat Selangor boleh menyewa rumah milik Kerajaan Negeri bagi tempoh 2-5 tahun, sebelum membeli rumah lain di Selangor.
Selepas tamat tempoh penyewaan, penyewa akan dapat kembali 30% dari jumlah sewa yang dibayar dan wang itu boleh digunakan sebagai wang deposit membeli rumah lain atau Rumah Selangorku

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi Skim Smart-Sewa:

  1. Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam (5 Unit-Telah disewakan).
  2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kekosongan: 21 Unit, Kadar sewa RM600-RM650).
  3. Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (Kekosongan: 37 Unit, Kadar sewa RM550).
  4. Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kekosongan: 89 Unit, Kadar sewa RM550-RM650)
  5. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
  6. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
  7. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (11 Unit dibuka untuk pendaftaran)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syarat – syarat kelayakan permohonan :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor
Tempoh penyewaan : 
  1. Maksimum 5 tahun
  2. Minimum 2 tahun
Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa):
Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj
Sebarang pertanyaan hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com
Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/
Atau boleh diambil di pejabat PHSSB
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, 13 December 2017

Instant Transfer kini TIADA lagi caj 50 SEN

Tiada lagi caj 50 sen untuk INSTANT TRANSFER di bawah RM5,000


Selepas sekian lama, kini pihak Bank Negara Malaysia akhirnya mengumumkan mereka akan menghentikan caj sebanyak 50 sen untuk tujuan pemindahan segera bermula 1 Julai 2018 kelak.

Pemindahan percuma ini adalah untuk transaksi dibawah RM5,000.

Langkah ini dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dalam mengalakkan lagi pembayaran elektronik, sekaligus membolehkan arena kewangan digital dan e-dagang berkembang dengan lebih pesat lagi.
Disamping itu, pada 2018 kelak juga akan menyaksikan sejumlah aplikasi dompet digital diperkenalkan oleh pelbagai pihak untuk mengalakkan lagi transaksi nirtunai.