Tuesday 13 December 2016

JAMBATAN KE 3 KLANG

JAMBATAN KE 3 KLANG


SHAH ALAM - Pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang fasa 1 telah mencapai 88 peratus berbanding 95.29 peratus yang dijadualkan.
Menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata kelewatan tersebut berlaku kerana proses ambil alih tanah yang memakan masa.

"Kelewatan adalah 7.29 peratus iaitu sebanyak 51 hari. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh proses ambil alih tanah, pengalihan tokong dan kerja pengalihan utiliti dan projek pembinaan Klinik Kesihatan baru.

"Projek yang bermula sejak 2014 itu menelan kos semasa sebanyak RM 210.8 juta dan dijangka siap pada Mei 2017

Projek Jambatan Ketiga Klang telah diumumkan pada 4 Mac 2008 sebelum PRU ke-12 oleh pentadbiran negeri yang lama bersama bekas Menteri Kerjaya Datuk Seri S. Samy Vellu.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jambatan sepanjang 0.5 km dan menaiktaraf jalan sepanjang 3.5 km.

Projek tersebut tidak dijalankan sehingga awal 2013 sebelum kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk meneruskan projek tersebut dengan peruntukan kerajaan negeri setelah mengambilkira keperluan penduduk Klang.

#SalahsatumercutandabarudiSelatKlang

0 comments:

Post a Comment