Thursday 9 February 2017

Sejarah Kampung Sungai Udang

Terletak berhampiran dengan Kampung Delek dan kampung Telok Gadong. Di bahagian utara Kampung Sungai Udang ini ialah Sungai Klang, manakala di bahagian timurnya pula terletak Bandar Klang. 

Kampung Sungai Udang pada awalnya tidak dikenali dengan nama Kampung Sungai Udang tetapi sebaliknya lebih dikenali dengan nama Kampung Teluk Pulai Dalam. Separuh daripada kawasan ini masuk ke kawasan perbandaran dan sebahagian lagi merupakan kampung-kampung tradisi yang sedang pesat mengalami proses pemodenan. 
Kampung Sungai Udang di Google Maps

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Udang ini adalah orang-orang Melayu. Kampung ini mula diteroka pada sekitar tahun 1880 oleh sekumpulan pendatang dari Tanah Jawa.

Pada zaman sebelum kedatangan Jepun, Ketua Kampung yang pada masa itu ialah Haji Abdul Ghani. Pada masa itulah nama Sungai Udang dinamakan iaitu sekitar 1943

Sungai Udang mendapat nama kerana terdapat satu sungai yang menjadi laluan keluar masuk perahu di pangkalan nelayan iaitu sungai yang pada masa itu mengalir masuk ke kawasan masjid dan keluar ke Simpang Empat Sungai Udang seterusnya keluar semula ke Sungai Bertek sehingga membentuk satu parit yang besar. Pada masa itu terdapat banyak udang di sepanjang parit tersebut.Udang-udang yang terdapat di situ adalah udang air masin atau dipanggil udang kertas. Sejak dari itu kawasan tersebut dinamakan Sungai Udang. 

Namun begitu, di peringkat awal Kampung Sungai Udang hanya meliputi kawasan yang berhampiran dengan Simpang Empat dan di sebelah bandarnya pula masih dikenali dengan nama Kampung Teluk Pulai. 




Kini keseluruhan kawasan tersebut telah dikenali dengan nama Kampung Sungai Udang.
Sementelah itu, masjid di Kampung Sungai Udang dikenali sebagai Masjid Darul Muttaqin di Lot 3390 Jalan Sungai Udang, Selangor, 41250 Klang (3.042138, 101.421787)

Sumber : Aidilshima

4 comments:

  1. Assalammualaikum. Boleh ke tambah nama2 Ketua Kampung yang lain dalam artikel di atas. Arwah datok saya Selamat @ Mohamed bin Salleh adalah Ketua Kampung yang ke-2. Dilantik pada awal 1950an dan meninggal pada tahun 1976. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,nak Tanya..Bilangan awal penduduk di kampung sungai udang Klang nii... Agak2 berapa ye..

    ReplyDelete
  3. Ada satu jalan panjang dlm kg ni dipanggil jln selamat..

    ReplyDelete
  4. Ada satu jalan di Sungai Udang ni namanya Jalan Haji Sirat. Haji Sirat ni moyang saya. Antara peneroka yang datang dari tanah Jawa

    ReplyDelete