Wednesday 4 January 2017

Dari 6 litre ke 775 ml ; Ia juga Sunnah

Islam sangat melarang hambanya untuk berlebih-lebihan ataupun membazir walaupun ketika berwudu'.

Antara hadis nabi yang melarang umatnya membazir ketika berwudu adalah:-

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ﷺ bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda ﷺ menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Hadis Riwayat Ahmad r.a.) 

Berapa sukatan Rasullah gunakan untuk berwudu? 

Secara purata, seseorang akan menggunakan 6 litre air untuk berwudu’ sedangkan Rasulullah hanya menggunakan 1 Mudd = 775 ml sahaja untuk berwudu’ 


Hadits Ummu Sa‘ad, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Satu mudd itu cukup untuk berwudhu’, sedangkan untuk mandi itu satu shaa’, dan akan datang sebuah kaum yang menganggap sedikit (ukuran) itu, maka mereka itu menyelisihi Sunnahku, sedangkan yang memegangi Sunnahku akan berada di Jannah Hadziiratul Qudus, yang menjadi tempat hiburannya penghuni Jannah 

Dari 6 litre --> 775 ml (Ini juga SUNNAH) 

Jom kita ubah!!!

0 comments:

Post a Comment