Monday 13 February 2017

Kaya JIWA Untuk Jadi Pemurah


'
Lokasi : Surau As-Syukriah, Jalan Yadi, Kampung Sungai Udang

Untuk jadi Pemurah dan Dermawan, anda hanya perlu menjadi Kaya Jiwa


Ibu kepada 4 orang anak ini datang ke surau sambil menghulurkan bungkusan makanan. Ibu ini menyapa "ustaz, ini bungkusan untuk surau ye," saya menyambutnya dengan ucapan terima kasih. Belum sempat si ibu berlalu pergi, salah seorang daripada anaknya menyampuk "ibu, minggu depan kite bagi dekat surau ni lagi kan?" Ibunya hanya membalas dengan senyuman. 

Saya mencari akal untuk mendapatkan apa disebalik pertanyaan si anak tadi, lalu saya bertanya "kak, minta maaf nak tanya, ini bungkusan yang surau order tu ke?" Segera si ibu itu menjawab "eh tak tak, erm..ni sedekah kami untuk surau". "Ya Allah.." hanya itu sahaja yang terlafaz di benak hati saya kerana masih ada lagi insan yang semulia ini. 

Secara zahirnya tidak langsung terlihat kemewahan yang ada pada dirinya, tetapi si ibu ini memiliki hakikat kemewahan hati yang sangat mulia. Malah memiliki harta anak-anak syurga yang dibesarkannya. 

Sebaik sahaja mereka beredar, saya telah diberitahu oleh salah seorang AJK surau ini, "kalau ustaz nak tahu, akak ni setiap minggu dia sedekahkan bungkusan makanan untuk surau". Maka terjawablah persoalan di sebalik pertanyaan si anak tadi. Kali ini..saya tertunduk. Mata mula berkaca. 

* * * * Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seorang muslim kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.) Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.

Moga kita menjadi INSAN YANG PEMURAH
Sumber : Imam Muawwidz

0 comments:

Post a Comment