Saturday 21 October 2017

99 Speedmart bermula di Tepi Sungai Klang

Setiap yang besar, akan bermula dari yang kecil. 


Siapa sangka kedai runcit Hiap Hoe adalah permulaan kepada 99 SpeedMart


Kedai ini dibuka dengan modal RM17,000 sebelum dijual pada  tahun 1992 dengan harga RM38,000.00


Pada tahun 1992, Encik Lee Thiam Wah telah membuka sebuah pasar mini yang baru. Katanya,  “Saya sentiasa mahu cabaran menjalankan perniagaan yang lebih besar. Jika anda tidak mempunyai kayu ukur, anda tidak boleh bersaing dengan kedai perubatan Cina dari segi harga, dan anda tidak boleh bersaing dengan pasar raya besar dari segi saiz”. 

Rangkaian pertama pasar mini nya yang terawal diberi nama Pasar Mini  99 Market.

Dengan dedikasi dan kerja keras, Lee mengembangkan Pasar Mini 99 ke 8 kedai lain di Klang melalui cara cawangan-cawangan kedai. Pencapaian ini menyakinkan Lee bahawa cawangan-cawangan baru pasar mini 99 bersedia untuk pergi  lebih jauh.

Memandangkan populariti pasar mininya yang semakin meningkat, Lee telah menjenamakan semula kedainya, menjadi 99 Speedmart pada tahun 2000. 
Usaha beliau membaiki model perniagaan 99 Speedmart selama 2 tahun telah membuahkan hasil yang menggalakkan dari segi peningkatan jumlah pelanggan dan pembukaan cawangan-cawangan baru.
Di lokasi-lokasi dimana terdapat banyak 99 Speedmart harga barangan tidak boleh dikurangkan lagi, kedai-kedai tersebut jual barangan dalam saiz yang lebih kecil.


Pada tahun 2015, tersergam sebuah HQ Baru 99 Speedmart di Lot PT 2811, Jalan Angsa, Taman Berkeley, 41150 Klang, Selangor D.E., Malaysia.


Menariknya pada tahun 2015 juga En Lee Thiam Wah telah mengambil alih Burger King fast-food chain di Malaysia dan Singapore dari Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dengan nilai RM74.6 million


Pada 12 Ogos 2017, cawangan ke 1000 99 Speedmart berjaya dibuka di Seksyen 13, Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment