Sunday 20 August 2017

Berita : Kantin HTAR KEMBALI DIBUKA

Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang diarah tutup petang Jumaat selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih dibenarkan beroperasi semula pada pukul malam hari yang sama.


Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi Bernama semalam berkata, keputusan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang membuat penilaian semula terhadap tahap kebersihan kantin HTAR dan meluluskan untuk pembukaan semula selepas premis tersebut mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Zailan Adnan berkata kebenaran membuka semula kantin tersebut dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelawat dan warga kerja hospital HTAR.
Dr Zailan berkata pihaknya akan sentiasa memantau kebersihan di kantin-kantin hospital dan akan menyenarai hitam serta menamatkan kontrak pengusaha kantin yang kerap dikenakan tindakan notis pembersihan.
Sumber : SELANGORKINI

0 comments:

Post a Comment