Wednesday 9 August 2017

Berita : Program Kemahiran untuk Asnaf Zakat ~ LZS

Wang ZAKAT disalurkan kembali untuk ASNAF


Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil langkah proaktif memperkenalkan program kemahiran pembangunan untuk anak-anak asnaf bagi membantu golongan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali , program kemahiran itu turut memberikan 
peluang pekerjaan selepas tempoh pembelajaran berakhir.

Katanya, inisiatif itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak asnaf menambah pendapatan keluarga sekaligus keluar dari kepompong kemiskinan.
“Melihat pertambahan asnaf sebanyak 2,000 setahun dan hanya 900 keluarga asnaf sahaja berjaya keluar dari kategori asnaf tahun lalu, jadi inisiatif ini diambil.
Walaubagaimanapun, program itu hanya ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut rekod, setakat ini, SIRIM melatih 20 orang anak asnaf untuk menjadi Jurukimpal dan dalam tempoh enam bulan, mereka ini akan mempunyai lesen tahap 1 serta mendapat gaji bulanan sebanyak RM1,500 sebulan.
Disamping itu LZS turut berbincang dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk melatih mereka ke dalam bidang kemahiran itu.
“Pihak Kolej MAHSA juga sedang melatih 20 orang untuk menjadi Juruteknologi pembuat gigi palsu selama dua tahun dan memberi jaminan kerjaya,” katanya.
Pada masa sama, program My Bidan turut dilaksanakan kepada 25 anak asnaf dengan memberi pendedahan terhadap penjagaan ibu berpantang supaya mereka berpeluang bekerja atau menjalankan perniagaan.
Sumber : Selangorkini

-----------------------------------------
Untuk mendapatkan bantuan ZAKAT yang dinyatakan dan bantuan-bantuan yang lain, boleh hubungi

Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor.:
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
TALIAN ZAKAT SELANGOR : 1-300-88-4343 
EMAIL : khidmatpelanggan@zakatselangor.com.my

0 comments:

Post a Comment