Sebagai Manusia, ada 4 Keperluan ASAS. Antaranya adalah KEDIAMAN/RUMAH/TEMPAT PERLINDUNGAN
---------------------------------------------
Satu Keluarga, Satu Rumah Sempurna
---------------------------------------------
Satu Keluarga, Satu Rumah Sempurna
Warga Selangor yang layak, boleh memohon untuk memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.
Untuk memohon ---->EHartanah(klik sini)
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
0 comments:
Post a Comment