Saturday 9 September 2017

IPR : Mamogram Selangor (MammoSEL)

MammoSel merupakan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.



Sekurang-kurangnya 30,465 wanita 35 tahun keatas sudah menerima manfaat daripada Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) setakat ini.
Statistik terkini program di bawah Inisiatif Peduli Rayat (IPR) itu menunjukkan lebih RM3.4 juta sudah dibelanjakan bagi menjayakan program itu.

Skim Kesihatan Wanita Selangor itu ditubuhkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membuktikan bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara.
Program itu telah ditambahbaik bermula 2016 dengan penambahan rawatan susulan ultrasound bagi yang memerlukan atas nasihat doktor.
Untuk mendaftar, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Khidmat DUN berhampiran.

0 comments:

Post a Comment