Selepas sekian lama, kini pihak Bank Negara Malaysia akhirnya
mengumumkan mereka akan menghentikan caj sebanyak 50 sen untuk tujuan
pemindahan segera bermula 1 Julai 2018 kelak.
Pemindahan percuma ini adalah untuk transaksi dibawah RM5,000.
Langkah ini dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dalam mengalakkan lagi
pembayaran elektronik, sekaligus membolehkan arena kewangan digital dan
e-dagang berkembang dengan lebih pesat lagi.
Disamping
itu, pada 2018 kelak juga akan menyaksikan sejumlah aplikasi dompet digital
diperkenalkan oleh pelbagai pihak untuk mengalakkan lagi transaksi nirtunai.
0 comments:
Post a Comment