Wednesday 3 January 2018

SMART Selangor : Menuju Smart State 2025

Smart Selangor: Menuju visi Smart State 2025
Smart Selangor yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah suatu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di rantau ASEAN yang peduli rakyat, dilandasi dengan penggunaan teknoloji terkini bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.


Iltizam kerajaan negeri untuk menjayakan Smart Selangor telah dimulakan dengan penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebagai unit pelaksana Smart Selangor pada April 2016. Untuk memastikan unsur citizen centricity digarapkan ke dalam program ini beberapa sesi kaji selidik, bengkel dan perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuklah agensi-agensi kerajaan, industri, pihak swasta, pihak berkuasa tempatan serta rakyat berjumlah hampir 15,000 orang.
Sudah menjadi lumrah bahawa kecurigaan akan wujud dalam kebanyakan struktur yang baru dibentuk, lebih-lebih lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mendepani cabaran-cabaran baru seperti Smart Selangor. Pada tahun pertama, SSDU lebih fokus kepada membina keyakinan dan kepercayaan dengan pihak-pihak berkepentingan menerusi budaya collaboration, smart partnership dan co-creation dengan meminggirkan budaya 'silo mentality' di antara agensi.
Dengan kerjasama baik yang diberikan oleh semua pihak, versi pertama Smart Selangor Blueprint telah dilancarkan pada Disember 2016 dengan mengenalpasti 12 domain utama iaitu: Smart Governance, Smart Digital Infrastructure, Smart Transport & Mobility, Smart Waste Management, Smart Social Support, Smart Healthcare & Well-Being, Smart Education, Smart Water Management, Smart Energy, Smart Food & Agro, Smart Safety & Security, Smart Building & Smart Disaster Management.
Berdasarkan inisitatif-inisiatif yang dirangka di dalam setiap domain, SSDU terus mara kehadapan melakar pelbagai kemajuan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat negeri Selangor.
Penambahbaikan kemudahan awam
Bas Smart Selangor yang dijenamakan semula pada tahun 2015 bukan sahaja percuma dan dilengkapi dengan liputan WiFi percuma, malah ianya juga adalah salah satu ikon Smart Selangor yang amat dikenali dan dinikmati oleh rakyat Selangor. 
Perkhidmatan yang meliputi lebih 30 laluan ini juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai bas percuma terbanyak yang disediakan oleh kerajaan negeri apabila bas ke-100 dilancarkan. Kini lebih 130 bas sudahpun beroperasi di seluruh Selangor.

Untuk menjamin keselesaan pengguna, SSDU telah melancarkan aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) pada Oktober 2017 yang dapat memberi panduan kepada pengguna tentang semua laluan Bas Smart Selangor, perhentian bas terdekat dan waktu ketibaan bas pada setiap perhentian bas. Aplikasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana lebih 10,000 download telah dicapai dalam tempoh sebulan pelancaran.
SSDU juga telah berjaya membangunkan sebuah live dashboard untuk memantau operasi Bas Smart Selangor menerusi Smart Selangor Command Centre (SSCC). Buat pertama kali sejak perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan, kerajaan negeri telah diupayakan untuk melihat operasi sebenar perkhidmatan ini secara real-time.
Pengukuhan kerjasama rakyat dan kerajaan
Kerjasama rakyat yang menggunakan aplikasi Waze untuk melaporkan lokasi jalan berlubang seluruh Selangor kepada pihak kerajaan telah membuahkan hasil. Dengan menggunakan khidmat lebih 2.5juta pengguna Waze di Selangor, lebih 19,000 pelaporan telah diterima sepanjang tahun 2017 ini. Angka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding laporan yang diperolehi menerusi kakitangan PBT sebelum ini.
Pihak SSDU telah membangunkan sistem Intelligent Response Selangor (i-RS) untuk memudahkan proses penyaluran data lokasi jalan berlubang secara real-time daripada pengakalan data Waze terus kepada pihak yang akan memperbaiki jalan tersebut samada PBT mahupun JKR.
Penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal
Sebuah sistem pengurusan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam telah berjaya dilaksanakan di tiga kawasan PBT Selangor iaitu di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Maljis Perbandaran Selayang, menerusi KDEB Waste Management Sdn Bhd yang dimiliki penuh kerajaan negeri.
Sistem ‘Smart Waste Management’ ini telah membolehkan pemantauan operasi sub-kontraktor yang lebih berkesan dan sistem aduan menggunakan aplikasi i-Clean Selangor menerusi sebuah Central Command and Control Centre. Penggunaan sistem ini nyata berkesan apabila ketiga-tiga PBT ini telah mencatatkan pengurangan jumlah aduan rakyat sebanyak 95% setelah 4 bulan beroperasi.
Mendakap pandangan dan denyut nadi rakyat
Sebuah lagi aplikasi yang dibangunkan SSDU adalah Community Opinions On-Line (COOL) yang wujud sebagai suatu ruang untuk rakyat menyampaikan pandangan kepada kerajaan dan untuk kerajaan memahami keperluan dan denyut nadi rakyat berdasarkan lokaliti.
COOL juga akan memperkasakan wakil-wakil rakyat Selangor untuk mereka menyampaikan maklumat aktiviti kawasan kepada rakyat dan juga untuk kerajaan negeri mewarwarkan insentif-insentif baru kepada rakyat dengan lebih pantas dan tersasar.
Pemantauan persekitaran negeri Selangor

Smart Selangor Command Centre (SSCC) telah dibangunkan oleh SSDU dan telah mula dioperasikan bersama dengan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor sejak Ogos 2017. Dilengkapi dengan rangkaian data selaju 100Mbps, SSCC kini digunakan untuk memantau persekitaran negeri Selangor menggunakan teknoloji drone seperti lokasi banjir, kualiti udara, lokasi pembakaran terbuka, tanah runtuh dan lokasi tapak sampah haram.
SSDU akan menggunakan data terkumpul daripada SSCC untuk mencadangkan pembangunan dasar-dasar baru kerajaan negeri berdasarkan angka-angka yang terkini dan tepat.
Akan datang
Tahun 2018 adalah tahun yang agak mencabar bagi SSDU. Amat penting untuk disegerakan pembangunan lebih banyak inisiatif-inisiatif Smart Selangor untuk dinikmati oleh rakyat dan juga untuk memastikan kesinambungan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini terus sehingga tahun 2025.
SSDU akan melaksanakan beberapa inisiatif baru yang akan lebih terkesan kepada rakyat dan kami amat mengharapkan sokongan dan dorongan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan rakyat. Smart Selangor harus menjadi suatu manifestasi collaboration dan co-creation yang utuh di antara smart citizens dan smart government. Mudah-mudahan Selangor akan terus menjadi peneraju kepada implementasi konsep Smart State sebegini ini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global.


Sumber : SMART Selangor

0 comments:

Post a Comment