Wednesday 7 March 2018

Tuisyen Online untuk Rakyat Negeri Selangor (PERCUMA) UPSR - SPM

Kerajaan Selangor, melalui Yayasan Selangor telah menawarkan program ‘Tuition Online secara percuma di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat khusus kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM


Applikasi boleh dimuat-turun di Google Play & App Store 
Carian Smart Selangor Free Tuition

Program ini memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran mengikut topik yang dikehendaki melalui video rakaman pembelajaran yang menarik dengan ilustrasi dan demonstrasi yang berkesan

“Tuisyen atas talian ini juga merupakan pelengkap kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan manfaat program ini dapat dinikmati oleh rakyat secara meluas,” 

UPSR

PT3

SPM

Untuk keterangan lanjut :-
Layari 


Sunday 25 February 2018

Klang Dalam Sejarah.. Video Inside

Tiada dahulu, tiada sekarang.


Sedikit sedutan video yang dirakam oleh ZUL MAJID. Moga ia merangsang sedikit memori kita semua tentang sejarah lampau dan menguatkan kita membina sejarah akan datang


PEMITAS : Peneraju Aktiviti Wanita di Dun Selat Klang

Pada 25 Februari yang lalu berlangsung Mesyuarat Agung PEMITAS (Pertubuhan Ekonomi Wanita Selat Klang).

Sekali lagi Puan Aniss Zuryanee dilantik menerajui PEMITAS untuk penggal 2018 - 2020.
Sepanjang PEMITAS ditubuhkan pelbagai aktiviti ekonomi berteraskan wanita dijalankan di Dun Selat Klang dan kawasan sekitar.

Sedikit bingkisan gambar MESYUARAT AGUNG yang dijalankan pada 25 Februari yang lalu
Berikut adalah aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh PEMITAS sepanjang 2017- 2018





Berminat untuk turut serta :
Hubungi PEMITAS Selat Klang di
FB : 

Hotline : 018-872 7119

Tuesday 30 January 2018

Janji MPK : Sasar tiga bulan selesai jalan berlubang

Pothole Rangers yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Klang mensasarkan tempoh tiga bulan untuk atasi segera masalah jalan berlubang di sekitar kawasan seliaan MPK



Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari hingga April depan.

Katanya, pasukan yang dinamakan ‘Pothole Rangers’ itu akan bergerak sepanjang masa di seluruh kawasan Klang untuk mengesan dan membuat kerja tampalan.

“Pada masa kini, kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh empat pasukan Jabatan Kejuruteraan sedia ada secara dalaman membabitkan kawasan Klang Utara, Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Klang Timur sepanjang 1,500 kilometer.


“Setiap pasukan ini dilengkapi dengan kenderaan pengangkutan, jentera dan peralatan. Pasukan ini akan menggunakan bahan ‘coldmix’ sama ada melalui aduan atau rondaan,” katanya pada pelancarannya, di sini.

Yasid berkata kerja yang dilaksanakan akan membabitkan pembaikan jalan rosak yang besar dan sesuai dengan menggunakan premix panas sahaja.

“Keadaan ini tidak dapat menampung lain-lain kawasan yang mengalami kerosakan kecil jalan dalam satu masa,” katanya.


Beliau berkata tindakan penampalan lubang akan dilaksanakan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima sama ada pada waktu bekerja atau cuti am.

TALIAN AM03-3375 5555
TALIAN BEBAS TOL1-800-88-23826

Wednesday 24 January 2018

Geran Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2018.


Kerajaan Selangor menawarkan program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau kepada golongan berkelayakan, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.


Beliau berkata, permohonan terbuka kepada persatuan dan organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di negeri ini dan menjalankan operasi tidak berasaskan keuntungan.
“Bagi organisasi atau persatuan yang tidak berpangkalan di Selangor, permohonan akan dipertimbangkan jika program atau projek dicadangkan menarik dan mempunyai manfaat spesifik kepada rakyat Selangor.
“Permohonan organisasi bukan berpengkalan di Selangor juga mestilah tidak bercanggah dengan permohonan projek daripada organisasi persatuan komuniti yang berpangkalan di Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pelaksanaan permohonan geran meliputi beberapa tempoh tertentu, bermula 3 hingga 31 Januari ini.
Sementara itu, tempoh makluman kelulusan program akan diputuskan, pada 15 Februari ini dan pelaksanaan program akan bermula, pada 15 Februari hingga 15 Jun 2018.
Pemohon juga perlu menyerahkan laporan operasi selewat-lewatnya 30 Jun ini.

Daftar online di ---> SINI
Download borang permohonan di ----> SINI