Kerajaan Selangor menawarkan program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau kepada golongan
berkelayakan, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna,
Elizabeth Wong.
Beliau berkata, permohonan
terbuka kepada persatuan dan organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di
negeri ini dan menjalankan operasi tidak berasaskan keuntungan.
“Bagi organisasi atau persatuan yang tidak
berpangkalan di Selangor,
permohonan akan dipertimbangkan jika program atau projek dicadangkan menarik
dan mempunyai manfaat spesifik kepada rakyat Selangor.
“Permohonan organisasi bukan
berpengkalan di Selangor juga
mestilah tidak bercanggah dengan permohonan projek daripada organisasi
persatuan komuniti yang berpangkalan di Selangor,”
katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pelaksanaan
permohonan geran meliputi
beberapa tempoh tertentu, bermula 3 hingga 31 Januari ini.
Sementara itu, tempoh makluman
kelulusan program akan diputuskan, pada 15 Februari ini dan pelaksanaan program
akan bermula, pada 15 Februari hingga 15 Jun 2018.
Pemohon juga perlu menyerahkan
laporan operasi selewat-lewatnya 30 Jun ini.
Daftar online di ---> SINI
Download borang permohonan di ----> SINI
0 comments:
Post a Comment