Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata sejumlah
RM500,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dalam tempoh tiga bulan
bermula Januari hingga April depan.
Katanya, pasukan yang dinamakan ‘Pothole Rangers’ itu akan
bergerak sepanjang masa di seluruh kawasan Klang untuk mengesan dan membuat
kerja tampalan.
“Pada masa kini, kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan
oleh empat pasukan Jabatan Kejuruteraan sedia ada secara dalaman membabitkan
kawasan Klang Utara, Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Klang Timur sepanjang
1,500 kilometer.
“Setiap pasukan ini dilengkapi dengan kenderaan pengangkutan,
jentera dan peralatan. Pasukan ini akan menggunakan bahan ‘coldmix’ sama ada
melalui aduan atau rondaan,” katanya pada pelancarannya, di sini.
Yasid berkata kerja yang dilaksanakan akan membabitkan
pembaikan jalan rosak yang besar dan sesuai dengan menggunakan premix panas
sahaja.
“Keadaan ini tidak dapat menampung lain-lain kawasan yang
mengalami kerosakan kecil jalan dalam satu masa,” katanya.
Beliau berkata tindakan penampalan lubang akan dilaksanakan
secepat mungkin dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima sama ada pada waktu
bekerja atau cuti am.
TALIAN AM | 03-3375 5555 | ||
TALIAN BEBAS TOL | 1-800-88-23826 |
0 comments:
Post a Comment