Monday 31 July 2017

Info : Klang - Gangguan Air pada 10 Ogos 2017

(Info / Klang) : Gangguan Air di Klang pada 10 Ogos 2017


Simpan Air Secukupnya Sebelum 10 OGOS 2017

Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 10 Ogos ini bermula jam 8 pagi hingga 2 petang keesokan harinya.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan itu disebabkan usaha menambahbaikkan perkhidmatan air kepada pelanggan di Klang.
Katanya, ia membabitkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sungai Damansara dan persimpangan Seksyen 25, Klang akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2017.
“Gangguan bermula jam 8 pada 10 Ogos sehingga 2 petang keesokan harinya semasa kerja–kerja penggantian perkakasan ini dijalankan.
“Antara kawasan-kawasan terlibat di Klang adalah Seksyen 25, Taman Nagasari, Jalan 25/126 dan Jalan 25/127 Sri Muda, Harun Estate/ Selatevan, Flat PPRT Seksyen 26, Batu 4 Kampung Jawa, Kampung Teluk Menegun, Taman Alam Nyata dan Taman Samarinda,” katanya.
Beliau berkata, segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan dengan secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment