Sunday 17 September 2017

Che Det ucap Tahniah kepada Mat Taib & UMNO

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis mengucapkan tahniah kepada Umno, atas pulangnya bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke pangkuan parti itu.


"Saya amat gembira kerana Tan Sri Mat Taib lompat balik ke bawah tempurung Umno. Dia lompat masuk PAS, kemudian PKR...Sekarang kaki masih kuat, dia lompat masuk bawah tempurung (semula).
"Tahniah saya ucapkan kepada Umno. Ada orang macam Mat Taib menjamin Umno akan kalah dalam pilihan raya," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pengumuman kemasukan semula Muhammad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib, dibuat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, dan turut dihadiri pemimpin utama lain.
Ia disindir ramai pihak, termasuk pemimpin HARAPAN, apatah lagi selepas pelbagai spekulasi muncul sepanjang hari berhubung pengumuman yang bakal dibuat Najib.
Dr Mahathir juga hairan mengapa Najib dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap perkembangan itu sebagai peristiwa besar.
"Sehingga ada sidang media khusus. Ini menunjukkan memang benar Najib membawa kembali kawan-kawannya (kembali ke Umno). Ini kawan dia (dahulu).

0 comments:

Post a Comment