Friday 15 September 2017

Pasar Jawa Klang Terbakar...

15 September 2017. Sebuah ikon bersejarah di Klang iaitu Pasar Jawa Klang yang terletak bersebelahan Masjid Bandar Diraja Klang dijilat api semalam.


KLANG: Seramai empat peniaga kerugian selepas kedai di kawasan perniagaan terkenal Pasar Jawa, di sini, terbakar awal malam tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7 malam tadi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian pada jam 7.04 malam.

"Ketika jentera pertama tiba, api sedang marak dan kami terus memastikan pekedai yang masih berada di kawasan Pasar Jawa keluar dan melakukan pemadaman.
Kebakaran membabitkan kawasan berkeluasan 232 meter persegi.
"Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit selepas kami tiba dan padam sepenuhnya 15 minit kemudian.
"Selain jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, kerja pemadaman turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Andalas dan Sungai Pinang dengan kekuatan keseluruhan seramai 22 anggota termasuk komander operasi," katanya.
Zaidi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, harapan seorang peniaga pakaian untuk memulakan semula perniagaannya minggu depan berkecai apabila sebahagian daripada lot perniagaannya di Pasar Jawa di sini, musnah dalam kebakaran itu.


0 comments:

Post a Comment