Wednesday 18 October 2017

Terima Kasih JKR, baiki Jalan di Dun Selat Klang

Melalui Peruntukan MARRIS (Malaysia Road Record Information System), jalan-jalan di Dun Selat Klang mula dibaik pulih


.
Jalan diturap di kawasan Sungai Udang


Sebelum itu, apakah MARRIS?

Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) digunakan bagi tujuan merekodkan data-data jalanraya diseluruh negeri merangkumi Jalan Raya Negeri, Jalan Raya Perbandaran, Jalan Kawasan Perumahan Murah, Lorong Belakang, Jalan Sehala Pulau Pelancongan, Jalan Kampung dan Jalan Pertanian

Mengikut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Zaidy Abdul Talib sejumlah RM600 juta telah diluluskan sebagai Siling Perbelanjaan Marris pada tahun 2017 bagi kesemua agensi pelaksana yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Selangor, dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sembilan (9) Pejabat Daerah/Tanah (PDT). Jumlah siling tersebut adalah melebihi jumlah pemberian yang dijangka dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017.

Gambar-gambar lain kerja buat JKR Selangor di Kawasan Selat Klang.




0 comments:

Post a Comment